Thursday, May 18, 2017

5 Kesilapan Penyelenggaraan Kereta Yang Menyebabkan Kos Tinggi


Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


Pastinya anda pernah mendengar ayat ini bukan? "Membeli kereta itu lebih mudah daripada menjaganya". Hal ini tidak dapat dinafikan kerana setelah wang dikumpul anda akan mampu memiliki kereta yang anda inginkan. Namun bukan setakat itu, proses menjaga kereta tersebut sebenarnya adalah lebih rumit dan kosnya berubah-ubah mengikut keadaan kereta anda. Lebih lama hayat kereta itu, mungkin lebih banyak yang anda perlu perbaiki.

Jadi anda perlu sentiasa bersedia atau lebih bagus jika anda mampu meminimakan kos penyelenggaraan kereta anda. Bagaimana nak minimakan kos penyelengaraan? Ha...Di sini kami senaraikan 5 Kesilapan Penyelenggaraan Kereta Yang Menyebabkan Kos Tinggi supaya anda tidak melakukan ini lagi.



1. ABAIKAN AMARAN YANG MENYALA
Sikap gemar mengabaikan tanda amaran yang menyala ini harus dielakkan. Walaupun kereta anda masih boleh bergerak, jika anda masih dalam kategori yang kurang arif berkenaan enjin kereta, haruslah segera merujuk kepada yang pakar jika terpapar tanda amaran periksa enjin bagi mengelakkan sesuatu yang tidak dijangka berlaku contohnya kereta tiba-tiba berhenti beroperasi.
Akibatnya nanti, kos baik pulih keadaan kritikal akan menelan belanja besar berbanding kos yang dilaburkan di peringkat awal.

2. MENANGGUH PENUKARAN MINYAK ENJIN
Kereta-kereta moden hari ini telah membawa lebih penjimatan dari segi kos dan masa penyelenggaraan kerana penukaran minyak enjin tidak perlu lagi dilakukan sekerap kereta-kereta lama. Namun,minyak enjin kereta masih perlu ditukar apabila tiba masanya kerana minyak enjin tidak boleh terlalu lama dibiarkan dalam enjin 

3. TIDAK MEMBUAT PEMERIKSAAN BREK
Brek adalah antara komponen kereta paling penting. Adalah sangat merbahaya jika brek kereta tidak berfungsi, ia bukan sahaja boleh membahayakan nyawa anda serta seisi penumpang namun boleh juga melibatkan nyawa pemandu lain. Jadi anda tidak seharusnya mengabaikan pemeriksaan brek serta tayar kereta.

4. BILAH PENGELAP TIDAK DIGANTI
Dalam cuaca buruk seperti hari hujan, sekiranya anda mendapati pandangan hadapan kereta tidak jelas setelah cermin digilap dengan pengilap cermin, anda seharusnya mengganti bilah pengilap cermin tersebut. Bilah pengilap cermin merupakan salah satu bahagian yang penting dan anda perlu pastikan ia dapat berfungsi dengan baik supaya perjalanan anda akan lebih lancar dan ia tidak merosakkan permukaan cermin kereta anda. 

5. MENGABAIKAN PENJAJARAN RODA
Pengabaian penjajaran roda boleh mengakibatkan tayar anda menjadi cepat haus atau rosak. Pastikan penjajaran roda tayar dilakukan supaya keadaan boleh dicegah daripada menjadi lebih buruk dan seterusnya muingkin boleh memberi kesan kepada sistem pengendalian stereng, brek dan suspensi kereta anda.


Kesemua perkara di atas perlu anda titikberatkan sekiranya anda berhasrat untuk mengurangkan kos bagi perbelanjaan penyelenggaraan kereta anda. Ada banyak lagi yang tidak sempat kami kongsikan. Di Klezcar - Kereta Sewa Senawang juga kami sentiasa memastikan kereta kami dijaga dengan baik termasuk penjajaran roda dengan baik.


Sumber: Pandulaju 



Kereta Sewa Senawang
019-787 3444


Tempahan www.klezcar.com | 1300-88-4040


LIKE > Facebook Kereta Sewa Senawang
FOLLOW > Instagram Kereta Sewa Senawang



Friday, March 31, 2017

Tips Bagi Pemegang Lesen P

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda yang baru sahaja dapat lesen P tu, nak tahu tak tips pemanduan dari klezcar? Iyalah, baru-baru dapat lesen masih takut-takut lagi kan.. Jom baca ni kami kongsikan untuk anda supaya lepas ni akan lebih yakin di atas jalan raya.


1) Sentiasa Sabar Ketika Memandu

Sifat marah semasa memandu perlu dielakkan kerana emosi boleh memberi gangguan terhadap fokus kita. Jadi elakkan memarahi pemandu lain dan tarik nafas ketika anda sedang marah sehinggalah ia reda. 

Pernah terlihat pemandu yang mengekori rapat atau menghimpit atau memotong kenderaan lain sebagai tindak balas yang menunjukkan mereka marah kepada pemandu tersebut? Perkara itu sebenarnya sangat membahayakan dan mungkin boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya. 

Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya perlulah tanamkan sikap bertolak ansur, jika anda terbuat kesalahan pada pemandu lain segeralah meminta maaf supaya semua pengguna jalan raya dapat memandu dan juga menunggang dengan tenang dan selamat.



2) Menangani Tayar Pancit

Bagaimana untuk kesan tayar anda mengalami masalah pancit? 
Tayar hadapan pancit akan menyebabkan stereng anda sedikit lari. Sekiranya tayar belakang yang pancit, kereta anda akan menjadi rendah di satu sisi.

Jika anda hadapi situasi seperti berikut, tak perlu khuatir. Perlahan-lahan cuba halakan kereta anda ke bahu jalan dan berhenti untuk menukar tayar kepada tayar spare. Menukar tayar adalah perkara yang semua orang patut tahu kerana ianya sangat mudah, jika tidak tahu hubungilah orang yang arif bagi membantu anda. Untuk tips lanjut tentang cara-cara menukar tayar yang pancit, klik sini > Cara Menukar Tayar Kereta Yang Pancit
 .



3) Menangani Kemalangan

Bagi kemalangan yang serius dan membawa kecederaan, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah segera keluar dari kenderaan dan meminta bantuan. Namun bagi kemalangan yang kecil pastikan sebelum anda keluar dari kenderaan, anda berada di tempat yang selamat. Jangan sesekali keluar dari kenderaan anda semasa berada di kawasan yang sunyi dan tiada orang kerana ini adalah risiko kepada kejadian ragut dan macam-macam lagi. 

Seperti tips yang pertama, sabar dan bertenang. Sekiranya kenderaan anda menghalang lalulintas, alihkan dulu ke tepi untuk kemudahan pengguna jalanraya yang lain. Kemudian, berbincang tentang punca sebenar serta cara menyelesaikannya. Jangan lupa untuk ambil gambar kemalangan itu sebagai bukti tidak kiralah siapa pun yang salah. 


Ada banyak lagi yang ingin kami kongsikan, mungkin di entri lain pula. Pesanan dari kami, berhati-hatilah semasa memandu. Tidak kira berapa lama pun pengalaman anda memandu.


Kereta Sewa Senawang 
019-787 3444

Tempahan Online
www.klezcar.com

Hotline 24 jam 
1300-88-4040

Thursday, March 30, 2017

Cara Menukar Tayar Kereta Yang Pancit

Cara Menukar Tayar Kereta Yang Pancit



Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Pernah alami tayar kereta tiba-tiba pancit ? Anda yang memandu pasti dapat merasai keadaan kenderaan anda adalah berbeza apabila tayar kurang angin. Jadi apa yang perlu dilakukan? Jangan khuatir, di bawah ada 8 langkah mudah yang perlu anda ikut sekiranya tayar kereta anda pancit tiba-tiba semasa memandu.

1) Hentikan kereta di bahu jalan dan jangan lupa untuk letakkan segitiga amaran kira-kira 10 kaki atau 20 kaki di belakang kenderaan.

2) Keluarkan tayar spare serta peralatan-peralatan menukar tayar yang diperlukan contohnya jack dan pemutar skru.

3) Jack kereta anda utk meninggikan paras tayar daripada jalan raya agar lebih mudah utk proses anda menukar tayar yang pancit tersebut.

4) Keluarkan semua skru dan letakkannya di tempat yang ia tidak mudah bergolek supaya tidak akan ada skru yang hilang.


5) Gantikan tayar dengan tayar spare dan pasang semula skru yang telah dibuka.


6) Turunkan jack dan pastikan skru dipasang kembali dengan rapat dan kemas.

7) Pandu secara perlahan dan tuju ke bengkel berdekatan untuk perbaiki tayar yang pancit tadi.

8) Setelah selesai, guna semula tayar yang asal dan simpan kembali tayar spare anda.

Itu sahaja langkah mudah yang perlu anda ambil sekiranya anda hadapi situasi ini. Yang paling penting adalah perlu sentiasa pastikan setiap alatan-alatan yang diperlukan semasa kecemasan termasuk juga tayar spare ada tersedia di dalam kereta anda. 


KLEZCAR Kereta Sewa Senawang
019-787 3444

Tempahan ONLINE 
www.klezcar.com

Hotline 24 jam
1300-88-4040

Tuesday, February 28, 2017

Cara mudah tempah kereta sewa

Kereta Sewa Senawang akan mengajar cara mudah membuat tempahan kereta sewa.

1. Lawat laman web www.klezcar.com
2. Isi pickup serta return location, tarikh dan masa.
3. Isi umur dan klik check availbility.
4. Page kedua, pilih kenderaan.
5. Page ketiga, isi maklumat peribadi dan harga dipapar di sebelah kiri. Klik confirm booking.
6. Page terakhir, bayaran online. Setelah bayaran dibuat, email tempahan akan dihantar.



Page 1 : www.klezcar.com , isi ruangan seperti di atas.



Page 2 : Pilih kenderaan, seperti di atas.




Page 3 : Isi maklumat, seperti di atas. Harga dipapar di sebelah kiri.



Page 4 : Teruskan untuk pembayaran online.



Kereta sewa Senawang
019-7873 444



Tuesday, February 21, 2017

3 Cara Membuat Tempahan Kereta Sewa

Selamat Petang !

3 Cara Membuat Tempahan Kereta Sewa


Ramai dah tahu Klezcar merupakan 'one stop centre' untuk mereka yang ingin menyewa kenderaan. Ada pelbagai jenis kenderaan. Tinggal pilih jer.. Sesudah buat pilihan, macam mana pula nak tempah ya? Ok jom baca ni, kami terangkan 3 cara membuat tempahan kereta sewa dari Klezcar:


***

1) Rajinkan diri anda untuk ke pejabat kami di lokasi berikut:

[Kereta Sewa Senawang]
No 2, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Ixora 1,
70450, Seremban 


Ingat! Datang untuk membuat tempahan ya!

Elakkan datang dengan harapan anda akan
dapat kunci dan pandu kereta terus. BAHAYA!

***

2) Tidak Cukup Rajin? Boleh juga tempah secara online.
Klik sini ⇨ www.klezcar.com



Cukup masa, ambil kereta, jalan.. 

***


Sangat Tidak Rajin? Okay..Cara seterusnya ini paling mudah!

 3) Call/Whatsapp nombor di bawah untuk tempahan:
Kereta Sewa Senawang
019-787 3444


***

Siap ! 3 cara mengikut keselesaan anda. 
Tempah Sekarang!

Sebarang pertanyaan hubungi talian Hotline 1300-88-4040 (24 jam)

Jangan lupa Like Facebook Kereta Sewa Senawang  - KLezcar